CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Far East Best!!

Amani (Amar+Wani)

Friday, October 16, 2009

Cekaprecious...

4 Cekap.. huhu.. sejak akhir-akhir ni baru aku rase yg kami semakin unite..
Mungkin sb bnyk aktiviti yg kami lakukan bersama... dan.. ade sesuatu sebab di situ. hehe
Apapun aku just nak ucapkan very2 thank you dkt Dilla sebab sudi belanja aku dan kawan2 makan kek. Tak pernah ade kwn sudi belikan kek hari jadi utkku aku tau!! syg kamoo selaloo.
sebelum tu.. kami ade g raye dkt umah Ustazah. syok gak.. yg paling x disangka-sangka.. bdk2 laki kelas kami buat 'magic show'.. diaorg kate la.. hehe.. tp mmg seronok sngt!! Sempat gak aku rakam buat kenangan.. ye la bkn selaloo jd mcm ni.. sampai satu kelas kami kene marah! ala... rilek la.. bkn selaloo kelas CEKAP nak buat bising.. susah tau! haha!! apapun aku harap.. kegembiraan ini tak akan berhenti sampai disini. Aku harap tahun depan pon kami still kelas yg sama.. x nak streaming klas.. nnt aku yg ssh nak sesuaikan diri dgn suasana baru.. setidak-tidaknya bdk2 dlm kelas ni aku dah kenal.. dah tau perangai die.. aku harap sngt.

kalo dulu aku tnya kenapa la ku yg kene msk kelas ni...? Tp skarang baru aku tau kenapa... dan aku rasa bertuah berada disini.. Tuhan telah takdirkan aku berada ditempat yg sepatutnya. Aku tak mungkin sebertuah ni kalola org lain yg berada di tempat aku sekarang.. Aku Redha semuanya.. ada hikmah disebaliknya... Aku gembira.. aku bahagia... kenapa?? Hanya Tuhan Saja Yang tahu...

Jejaka 4 Cekap Batch 27
My classmate

Beraya di rumah ustazah



Warga CeKaPrEcIoUs...


Sambut Birthday!!





Buat Si Dia..

Ya Rabbi, Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang....
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...insyaALLAH...

Aku Rindu..

Ya ALLAH Ya Rabbi Ya Kareem…
Sungguh ku tak tahan
menanggung rinduku padaMu Ya ALLAH..
rasa CINTA ku pada Penciptaku..
apakah ini nikmatnya mencintai kekasih junjungan mulia?
Kekasih di daerah tinggimu Ya Rasulullah?
Namun aku hanya hamba yang dhaif lagi hina..
Yang banyak khilafnya..
Yang banyak cacatnya..

Aku rindukan janji-janjimu ya Tuhan..
Aku rindukan Syurga-Mu..
Aku rindukan Syurga-Mu..
Benar kumerindukannya..
Ingin sekali aku rasakan bahagianya di sana..
Apakah aku layak Wahai Yang Maha Pengasih?
Air mataku tumpah lagi...
Sudah ku pujuk agar tidak mengalir..
Namun tangisan keinsafan deras mengalir
Di pipiku..
Membasahkan kembali wudhuk ku yang telah kering

Ya ALLAH..
Nyaman sekali bila sesekali kasihMu menyapaku..
Saat ku kesepian
Saat ku kedinginan
Saat ku gundah ditimpa musibah
Niannya terasa hingga ke sumsum
Sekaligus mendamaikan hati yang lara

Segala nikmatMu amat kusyukuri
Ku mohon agar aku terus menjadi hamba yang bersyukur
Kasih sayang ibu dan ayah
Ukhwah yang tersemai antara sahabat yang beriman
Dan segala kesenangan di dunia kupohon
Agar dapat ku bawa nikmat kebahagiaan yang kurasakan ini
Hingga ke Syurga-Mu, InsyaALLAH

Ku mohon ya ALLAH
Jangan kau tinggalkan aku keseorang kelak
Yang aku utamakan adalah pandanganmu
bukannya pandangan manusia yang sentiasa dihimpit sifat mazmumah
Akan ku lampirkan segala pujianku terhadapMu
Semoga barakahnya
Semoga SyafaatMu
Mengiringi ku pada waktu Pertemuan yang terindah
Kelak di sana.....

Akan kusimpan azimat ini..
Hingga tidurku yang terakhir..

Nafasku semakin sesak
Tangisan ku kembali berderai.
ALHAMDULILLAH atas segala nikmat iman dan islam yang telah Kau diberikan..

-Cahaya Petunjuk 07-

Cinta dan suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Bila aku jatuh cinta

Bila aku jatuh cinta

Allahu Rabbi
Aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta utkMu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dgn bilangan cintaMu yg tak terbatas
Biar rasaku padaMu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan utkku seseorg yg hatinya penuh dgn kasihMu
dan membuatku semakin mengagumi Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan utk lebih mendekati cinta Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya ku jatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku
Anugerahkanlah aku cintaMu
Cinta yg tak pernah pupus oleh waktu

Amin...

Anggota DmenC kini Bertiga??

Assalamualaikum.. Dukacita dimaklumkan mulai 1 Januari 2009 yang lalu, secara rasminya anggota DMENC telah tinggal bertiga. Ini berikutan penarikan diri salah seorang anggota DMENC yang telah menulis surat secara rasmi kepada pihak pengurusan untuk menarik diri atas alasan peribadi. Beliau juga menyatakan hasratnya untuk bergerak secara solo. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Jasni bin Saat bekas ketua kumpulan DMENC. Sehubungan itu, jika sesiapa yang ingin mengundang DMENC untuk persembahan atau apa jua aktiviti dan sebagainya bolehlah menghubungi saya secara terus melalui talian hayat dibawah:

SHAIFULIZAM BIN JAMALUDIN,
Pengurus DMEN'C / Pengarah Urusan,
DMENC Music Creative,
No. 7-2 Tingkat 1,
Bangunan Koperasi Mersing Berhad,
Jalan Ismail, 86800,
Mersing, Johor.

Telefon H/P: 0197060447 / 0177608147

Fax: 077991132

Email: dmencfanethics@gmail.com

web: www.myspace.com/dmencnasyid

p/s: sy rasa sy tahu siapa ex-Dmenc tu.. sb sy sendiri pernah bersembang dgn dia... apapun sy tetap mendoakan kejayaan.. abg JAS..

malaikat memandikan jenazah

ketika peperangan Uhud bermula,Hanzalah baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihannya & dia tak berkesempatan utk menyertai peperangan itu dr awl.semasa beliau mendapat berita tentang kekalahan tentera muslimin,beliau baru saja bersama dgn isterinya & belum sempat utk mandi janabah.beliau menangguhkan mandi janabahnya,lalu mencapai senjata lantas menuju ke tengah medan peperangan.beliau menyerbu masuk ke dalam barisan musuh yg sesak & berjuang bermati-matian sehingalah beliau menemui syahid.

mengikut syariat,jasad yg mati syahid tidak perlu dimandikan melainkan mandi janabah.oleh kerana para sahabat tidak mengetahui beliau perlu dimandikan terlebih dahulu kerana janabah,mereka terus mengebumikannya.sebaik saja jasadnya mahu dikebumikan,Rasulullah pun bersabda,'aku melihat para malaikat sedang memandikan mayat Hanzalah'.Abu Said Sa'adi berkata,'sebaik saja aku mendengar sabda Rasulullah ini terus saja aku k tempat Hanzalah & aku melihat dgn mataku sendiri kelihatan pd wajahnya titik2 air jatuh melalui rambutnya'.

Apabila peperangan telah berakhir & Rasulullah kembali ke Madinah,Baginda bertanya tentang Hanzalah & dr sini berita Hanzalah menangguhkan mandi janabahnya tersebar luas.peristiwa ini menggambarkan betapa sifat ketaqwaan & keperwiraan yg ada pd para sahabat.mereka tidak sanggup menangguhkan seruan jihad & lebih rela menjadi syahid dlm apa jua keadaan sekalipun.tiada lain yg menjadi impian mereka melainkan memenuhi janji Allah & RasulNYA serta syurga yg menjadi idaman.

Ainul Mardhiah

assalamualaikum
text ni diambl dr 1 blog yg sye kurg psti
hayatilah;

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada
seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang
wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama
puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang
akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang
yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki
itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah
dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak
pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum
syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah
ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi
telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan
itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam