Assalamualaikum...
Sekarang ni aku baru je sampai kat kampunga aku kat Melaka ni. Fuhh! Cuaca sejuk tak payahla nak cakap. Memang waktu yang sangat nyaman untuk tidor!! asyik Hujan jer.. Sampai sakit kepala aku ni sebab kena hujan! Macam biasa... Setelah melalui hari-hari yang memenatkan di UitM, sudah sampai masanya untuk aku mengadap laptop. Hahah! Remaja sekarang ni memang tak boleh berenggang dengan laptop! Series!!! Susah nak tgk budak remaja sekarang ni yang tak suka laptop...
Tapi bukan pasal laptop yang aku nak cakap. Fikir punya fikir... kadang-kadang timbul jugak dalam hati aku ni. Alangkah BESTnyer kalau ada pakwe kan?? Hah! apo cito plak ni?? Bukan apa... kita ni manusia biasa... Ada masa terasa juga nak berteman. Lagi-lagi kalau tengok orang sekeliling kita asyik berkepit aje sane- sini. Depan mulut boleh la cakap tak ada pakwe/makwe pon tak pe. Tapi siapa boleh tipu, dalam hati sikit sebanyak mesti ada rasa sunyi jugak kan?? Tak payah bohong la... Bila sampai masanya, satu hari nanti akan terdetik jugak dalam hati untuk berteman.. cewah!! aimi dah mula berbicara!!!
Kadang-kadang ada kawan aku tanya, ko ni dah ada pakwe ke belom?? heheh! Rasanya kalau tengok pon dah tahu... so.. aku rasa aku tak perlu jawab soalan tu..! FULL Stop!!
Tapi kalau nak kata aku ni tak pernah bercouple, rasanya bohong kalau tak pernah. Ye la, ANA mengaku ana pernah.=). Tapi sekarang tu semua citer lama... Dah lama dah. Dah BERHABUK dah. hahahaha
Mungkin juga disebabkan kegagalan semalam tu la yang buat sampai sekarang aku ni masih solo. Heheh! Malas la nak bukak citer lama. Nanti aku gak yang sedih.. huhu Sekarang yang penting kita kena looking forward! Bukan aku tak nak couple... Bukan aku sombong dengan lelaki.. Tapi... belum jumpa lagi kot yang menawan di hati.. (eceh2!!!) Lagipun, aku masih ada kenangan silam yang tak nak dilupakan..Kalau nak aku citer pasal lelaki, aku rase panjang entry yang aku kene tulis ni. Jadi lain kali je la....
Andai kata dari sekarang sampai aku kahwin, aku tak couple. Alhamdulillah... Aku dpt hindari zina. Tapi aku tak boleh janji yang aku takkan couple. Aku tak berani nak janji, sebab aku ni remaja biasa... kdg2 suka ikutkan hati dan nafsu... Tapi kalo boleh, kalau nak jumpa lelaki tu, biarlah aku terus jumpa yang kekal hingga ke syurga. Maksud aku, terus jumpa yang sebenar2 jodoh aku. Sebab bagi aku, CINTA dan KASIH SAYANG seseorang tidak lagi bermakna kalau sudah banyak yang menerimanya. Faham tak maksud aku? Maksud aku... Macam tak special la katakan kalau dah banyak kali bercouple dan putus. Lepas tu couple lagi dengan orang lain. Rasa macam cinta tu senang jer nak bagi dekat orang.
CEMBURU?? Yup! Aku mengaku, kadang2 agak cemburu jugak la bila tengok kwn2 aku bercouple. Aku TAK DE!! Apakan daya.. orang tak nak.. heheh! Biarkan aje la. Lagipon, apa yang boleh aku buat? Nak jadi perigi carik timba?? MALU kowt... Biarlah bende tu datang sendiri. Aku percaya lambat-laun akan datang jugak.. Cepat atau lambat, kerja ALLAH. Dia dah tentukan segala-galanya...=) Tugas aku hanya perlu berdoa... dan yakin akan ketibaan waktu itu.
Tapi, andai sekiranya ditakdirkan aku tak jumpa didunia, aku redha... Akhirat masih ada. Jd! La Tahzan! Berserah pada takdir. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. So.. jagalah maruah seorang wanita. Tak rugi kalau kita jaga peribadi kita....
Hidup ini memang payah!! Terlalu banyak suratan dan kebetulan yang tersurat. Lepas aku selidik punya selidik. Tiba-tiba aku terfikir, adakah segala yang aku alami hari ni adalah suatu suratan ataupun hanya kebetulan?? Ataupun... hanya tanggapan aku saja??? Puas aku berfikir... Aku cuba rasa gembira dengan kebetulan yang ada, tapi aku juga takut dengan suratan yang bakal tiba. Apa2 je la!!!
Wasalam....=(
0 comments:
Post a Comment