SARANGHAE Forever!!

Sunday, January 15, 2012

HELLO World!!

Assalamualaikum!! Hye I'm BACK! Huhu...
Tengah Hari tadi aku baru je balik dari perkhemahan KADET BOMBA, Di kaki Gunung Dato', Rembau, N9. Best jugakla, tp amat memenatkan! Byangkanlah aku tidur tak cukup! huhu

Macma biasa, setiap kali sebelum aku lakukan sesuatu tau nak pergi sesuatu tempat, aku mesti MALAS dan BENCI! Itu adalah dua penyakit yang sedang menular dihati aku. Begitu juga dengan KEM kali ni. Waktu nak pegi, punyalah malas.. Tapi bila dah lalui baru terasa manisnya...=)

Macam yang pernah aku cakap dulu, kadang2 hidup ni susah nak jangka. Ada perkara yang kita suka tapi tak dapat, tapi ada juga yang kita benci sangat tapi itulah yang kita dapat! Apa pendapat anda???

Contohnya... Waktu SEM 1 lepas, aku selalu complain pasal, kenapa aku ni dipilih masuk Kadet Bomba, sedangkan aku sikit pun tak suka. Aku betul nak Kesatria. Senang! Tapi, selepas apa yang aku lalui beberapa hari ni, aku mula rasa sesuatu. Sesuatu yang dinamakan ketentuan takdir. Mungkin apa yang aku lalui ni memang Allah dah tentukan. Memang ini yang terbaik untuk aku. Mungkin kalau aku masuk Kesatria, aku takkan dapat rasa apa yang aku rasa sekarang. Mungkin kalau aku tak masuk BOMBA, aku takkan jumpa kawan yang sekrang aku kenal. Mungkin kalau aku bukan BOMBA, aku takkan rasa bertapa BESTnya pengalaman berkhemah dengan para JURULATIH yang SPORTING. Mungkin kalau aku tak masuk BOMBA aku takkan jumpa seorang jurulatih BOMBA yang handsome!! hehe.. Dan mungkin juga kalau aku tak join BOMBA, aku takkan kenal seorang lelaki ni... Siapa die?? hahaha! Panjang ceritanya...=)

Kadang2 aku sendiri susah nak percaya apa yang sebenarnya terjadi pada aku. Erm... Sejak dari sem lepas lagi, waktu kokurikulum aku ada terperasan dengan sorang mamat ni. Muka boleh tahan la.. tapi aku tak tahu nape aku boleh terpikat kat dia?? Entahla... Setiap kali koko hanya mamat ni je la yang berjaya tarik perhatian aku... Nampak muka macam baik, pendiam... alim pon macam ada. hahah! Tapi aku tertanya gak, ade ke budak alim kat cinie?? Lama jugakla aku perasan mamat ni, tapi tak pernah tegur apatah lagi nama die kos die sume aku tak tahu. yang aku tahu, die Kadet Bomba mcm aku tapi kumpulan E. Kumpulan Jurulatih yang paling handsome! hahah!

Kadang2 teringin gak nak tanya sape2 yang kenal die, apa name die.. Tapi x de kawan. Lgpon aku tak tau nak tnye sape. Sampailah waktu kem haritu... Aku nampak dia.. Tiba2 terdetik kat hati aku nak tnya sorang kawan yang baru aku rapat sape die?? Aku tengok budak ni macam budak pandai. Aku tak rase die budak Account. Sebab tak pernah nampak. Dalam fikiran aku berdasarkan judgement aku kat kawan2 dia, dia ni maybe MASCOM tak pon BIZ. Waktu kat KEM gak, aku terperasan dia kat tepi aku dan tiba2 ada suara pompuan tegur nama 'aiman' lebih kurang la.. aku x kenal sngt. Aku cuba carik mana mamat yang dia panggil, tapi tak nampak sebab terselindung. Tapi yang pastinya area mamat tu duduk la.. Aku pon mula buat kesimpulan yang nama mamat ni Aiman. Kos dia pon aku agak2 MASCOM. Naluri aku kuat cakap mcm tu walaupun jauh kat sudut hati aku harap dia bukan.. heheh! Cube teka apa yang berlaku??

Erm.. susah nak cakap... Selalunya apa yang aku jangka itulah yang betul... Apa yang aku tak nak jugak itulah yang sebenar-benarnya... Dalam nak tak nak, rupanya sekarang aku dah tau serba serbi pasal dia. Nama dia.. asal mana... mcm2 la... Haha! Dah terlanjur nak tau, amik tau semuanya. Betul tak??

Sekarang juga baru aku perasan. Mamat ni ada serupa dengan seseorang yang aku kenal dekat SAMURA dulu. Rupa dia ada sikit macam DOLLAH. Perangai pon ada cikit2 macam DOLLA. Haish!! Apa nak buat. Mungkin inilah dinamakan jodoh. Walaupun aku tak dapat nak kenal rapat sangt dengan Dola, tp aku dpt jumpa orang yang sama macam dia. Itu pun dah memadai. Huhu...

Apa nak citer lagi ek??? Erm.. sebenarnya aku tgh tension ni! Jadual aku untuk dua minggu ni penuh dengan TEST! Aduh! Berat plak tu.. =(

Apapun aku hanya mampu buat yang terbaik. Mcm SEM lepas, susah2 dulu.. Last2 aku dpt jugak DL! Habuannya, lps cuti raya cina ni aku akan dapat sijil DEKAN. Hahah! Boleh la.. Walaupun tak tinggi pointer aku.. tp lg baik dr tak dpt dekan langsung. Betul x??

Apa yang penting, aku kena usaha lagi utk dptkan DEKAN lagi SEM ni! Biar ampai Anugerah Naib Censelor! InsyaAllah.. Doakan aku ek!

0 comments: